Saturday, December 19, 2015

Lelaki Ini Menderma RM5 Selepas Solat Jumaat Di Masjid India KL

Cuba perhati gambar ni. Korang kenal tak siapa lelaki ni? Beliau bukan artis apatah lagi pemain bola sepak. Mesti tak ramai tahu yang this guy adalah big boss syarikat Jakel iaitu Datuk Mohamed Faroz bin Mohamed Jakel owner dan usahawan tekstil berjaya Jakel Group.




Beliau menderma RM5 pada jemaah di masjid India KL selepas solat Jumaat. Itulah salah satu gunanya menjadi kaya, anda boleh salurkan balik kekayaan kepada orang lain dalam bentuk sedekah dan zakat.

Kesimpulannya ialah:

1. The power of sedekah. Menjemput rezeki dengan bersedekah. Rezeki untuk bisnes, keluarga, kesihatan pasti akan lebih baik.
2. Sedekah di hari Jumaat. Pahala dan keberkatan berganda.

Sedikit info menarik tentang latarbelakang insan di sebalik Jakel.


Selepas pemergian pengasas Jakel, perniagaan itu diwarisi anaknya Mohamed Faroz Mohamed Jakel, dan adik beradik beliau yang lain. Mohamed Faroz yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel terpaksa menguburkan hasratnya ketika kecil untuk menjadi seorang akauntan dan doktor. Beliau akur dengan hasrat bapanya untuk membantu menguruskan perniagaan Jakel. Namun, keupayaan beliau membuat urusan jual-beli dan mampu menyumbang jualan memberangsangkan kepada syarikat sewaktu awal pembabitannya dalam dunia perniagaan nyata mendapat pujian daripada bapanya. Berkat sokongan moral daripada bapanya, lama-kelamaan timbul naluri di hati beliau untuk terus bergelar ahli korporat berjaya.

Umum ramai tidak mengetahui bahawa jenama Jakel ini adalah syarikat Melayu dan dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Menariknya lagi, Jakel sepatutnya disebut ‘Jakil’ seperti di Johor tetapi orang Kuala Lumpur lebih selesa menyebut ‘Jaykel’, dan sebutan itu terus melekat hingga ke hari ini. Jakel telah berjaya mengubah persepsi masyarakat Bumiputera, khususnya dalam perniagaan tekstil yang dahulunya dimonopoli oleh bangsa asing. Tetapi kini Jakel yang diterajui oleh Bumiputera membuktikan Jakel mampu bersaing di persada industri tekstil tempatan. Bukan itu sahaja, Jakel juga telah diberi kepercayaan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk menjadi Mentor Prosper Usahawan Bumiputera dalam bidang tekstil bagi memberi latihan dan tunjuk ajar kepada usahawan-usahawan Bumiputera yang berminat dalam industri ini pada tahun 2004.

No comments:

Post a Comment