Blog Alam Santai
Sunday, December 20, 2015
Ilmu Adab - Sharing dari Dr Azizan
Nak ajar anak-anak tentang adab memang mencabar terutamanya parents muda. Kadangkala dan selalunya kita terbiasa bertindakbalas dengan emosi dengan anak-anak. Kesian anak-anak ni.. Lepas jalan2 kat facebook jumpa pulak sharing bermakna dari Dr Azizan ni.
Baca dan praktis ya.
Nak ajar anak-anak hafal Al-Quran pun In sha Allah tidak susah kerana ia ada cara dan strategi, apa yang susah adalah mahu mendidik ADAB. Adab kepada diri sendiri dan ADAB kepada orang lain. Kadang-kadang anda tidak jumpa ADAB walaupun hafal Al-Quran dari depan ke belakang dan dari belakang ke hadapan. Ini maklumbalas dari ustaz yang menguruskan kem tahfiz RichKids SmartKids baru-baru ini. Pointnya bukanlah suruh jangan hafal Al-Quran.
Pointnya adalah Didik dan Hidupkan ADAB dalam kehidupan diri kita dan anak-anak kita. Bila hati dididik ada adab nescaya Al-Quran akan lebih mudah dihidupkan dalam hati dan hidupnya dengan indah.
Rasulullah saw beradab sejak sebelum menjadi Rasul saw dan kemudian lebih indah dengan menghidupkan Al-Quran.
Apa contoh adab?
1/ Nak makan ajak sekali orang yang lebih tua
2/ Memberi salam dan meminta izin
3/ Mengucapkan terima kasih dan senyum
4/ Menghormati orang lain dan bercakap dengan sopan
5/ Berselisih faham tapi berbincang dengan hormat
Example, anda tidak boleh cakap "Thanks" kepada mak kita! Kita patutnya pergi ke hadapan mak kita, senyum dan pandang wajah dia then katakan "Terima kasih mak!".
Adab bukan berdasarkan siapa Islam atau tidak. Kadang-kadang anda jumpa orang yang bukan Islam tetapi beradab lebih baik dari sesetengah mereka yang namanya Islam. Adakan? Bukan semua tapi ada.
Adab adalah prinsip dan nilai-nilai baik yang dihidupkan dalam hidup. Dan adab bermula dari ibu bapa dan kemudian guru.
Nak faham contoh ada adab atau tidak ada adab? Contohnya bila saya tulis status ini dan ada yang membaca dan dapati ianya bermanfaat untuk mereka, mereka tidak tahu ucap terima kasih. Sebab itu anak-anak mereka tidak tahu ucap terima kasih kepada mereka walaupun mereka beri banyak manfaat kepada anak-anak mereka. Ini contoh! Contoh!
Saturday, December 19, 2015
Lelaki Ini Menderma RM5 Selepas Solat Jumaat Di Masjid India KL
Beliau menderma RM5 pada jemaah di masjid India KL selepas solat Jumaat. Itulah salah satu gunanya menjadi kaya, anda boleh salurkan balik kekayaan kepada orang lain dalam bentuk sedekah dan zakat.
Kesimpulannya ialah:
1. The power of sedekah. Menjemput rezeki dengan bersedekah. Rezeki untuk bisnes, keluarga, kesihatan pasti akan lebih baik.
2. Sedekah di hari Jumaat. Pahala dan keberkatan berganda.
Sedikit info menarik tentang latarbelakang insan di sebalik Jakel.
Selepas pemergian pengasas Jakel, perniagaan itu diwarisi anaknya Mohamed Faroz Mohamed Jakel, dan adik beradik beliau yang lain. Mohamed Faroz yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel terpaksa menguburkan hasratnya ketika kecil untuk menjadi seorang akauntan dan doktor. Beliau akur dengan hasrat bapanya untuk membantu menguruskan perniagaan Jakel. Namun, keupayaan beliau membuat urusan jual-beli dan mampu menyumbang jualan memberangsangkan kepada syarikat sewaktu awal pembabitannya dalam dunia perniagaan nyata mendapat pujian daripada bapanya. Berkat sokongan moral daripada bapanya, lama-kelamaan timbul naluri di hati beliau untuk terus bergelar ahli korporat berjaya.
Umum ramai tidak mengetahui bahawa jenama Jakel ini adalah syarikat Melayu dan dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Menariknya lagi, Jakel sepatutnya disebut ‘Jakil’ seperti di Johor tetapi orang Kuala Lumpur lebih selesa menyebut ‘Jaykel’, dan sebutan itu terus melekat hingga ke hari ini. Jakel telah berjaya mengubah persepsi masyarakat Bumiputera, khususnya dalam perniagaan tekstil yang dahulunya dimonopoli oleh bangsa asing. Tetapi kini Jakel yang diterajui oleh Bumiputera membuktikan Jakel mampu bersaing di persada industri tekstil tempatan. Bukan itu sahaja, Jakel juga telah diberi kepercayaan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk menjadi Mentor Prosper Usahawan Bumiputera dalam bidang tekstil bagi memberi latihan dan tunjuk ajar kepada usahawan-usahawan Bumiputera yang berminat dalam industri ini pada tahun 2004.
Thursday, May 15, 2014
Tempat mandi percuma (untuk anak2 je ye)
Swimming pool berbayar memang banyak kat Putrajaya ni. Setiap Kompleks Kejiranan ada pool. Presint 8 je tak ada. Presint 9, 11, 16, 5 (dekat dgn Pullman).
Tempat mandi percuma pun ada juga. Ini yang saya tahu dan pernah pegi.
1. Presint 9. Depan medan selera bumbung putih besar.
2. Presint 4. Tengah2 bulatan roundabout depan bangunan 4 menara.
3. Presint 2. Baru dijumpai. Dekat dengan bangunan baru area KWP.
4. Presint 16. Dekat dengan swimming pool berbayar.
5. Pullman. Sebelah luar ada dibuat pantai buatan dan boleh mandi. Kecik je tempat ni tapi dah agak tidak bersih.
Wednesday, May 14, 2014
5 tip perlu dipertimbang sebelum pilih taska atau nurseri
Hantar anak ke nurseri atau taska adalah pilihan terakhir ibu bapa jika kedua duanya bekerja. Pilihan lain yang ada mungkin minta ibu kita sendiri menjaga anak kita.
Ini 5 tip ringkas untuk pilih taska terbaik untuk anak kita:
1. Pastikan taska mendapat lesen atau kelulusan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Periksa dengan JKM atau tanya dengan taska no kelulusan dari JKM.
2. Kenali penyelia atau mereka yang akan menjaga anak kita. Bertanya dan berbual dengan mereka tentang pengalaman, latarbelakang diri dll. Ini sangat membantu untuk kita mengenali orang yang akan menjaga anak kita nanti.
3. Tinjau kebersihan di sekitar taska. Masuk ke dalam taska dan lihat suasana, kebersihan dll untuk mendapat gambaran awal keadaan taska.
4. Pastikan yuran nurseri tidak terlalu mahal. Buat perbandingan dengan nurseri lain. Kadangkala ada taska uang yurannya mahal dan tak masuk akal. Elakkan kalau boleh.
5. Jarak untuk kita ke nurseri tersebut tidak terlalu jauh dari pejabat atau rumah kita. Kalau dah jauh kena fikirkan tentang caj lebih masa yang perlu dibayar nanti bila kita terlewat ambil anak kita.
Tuesday, May 13, 2014
Seurat benang
Bila buka Radio IKIM .fm banyak ilmu agama dapat kat sini. So ni saya nak share sikit ilmu dari ustaz yang ceramah dalam slot Seurat Benang radio IKIM.
1. Bacalah Bismillahirrahmanirrahim semasa buka pakaian kita supaya jin tak nampak aurat kita. Apatah lagi ketika nak bersama bagi suami isteri. Sudah ada doa khusus yang dah diajar utk elakkan syaitan mendekati kita ketika berhubungan kelamin.
2. Amalan yang semua dah tahu iaitu baca doa sebelum masuk tandas. Kalau masa kita buang air besar, syaitan akan lumurkan najis ke tubuh kita jika kita tak baca doa sebelum itu. Ini boleh menjadi sebab kepada kita malas beribadat, lewatkan solat, mudah terdorong utk buat perkara2 mazmumah.
Amalan ni nampak simple tapi tak ramai yang istiqamah buat. Sama2lah kita cuba amal. Sikit2 lama2 jadi tabiat harian kita.
Sunday, May 11, 2014
Bengkel kereta di Putrajaya
Bengkel kereta atau workshop di Putrajaya dah makin bertambah. Dulu memang susah nak cari. Kena pergi ke bangi, serdang or Puchong barulah ada.
Tapi sekarang dah senang. Dah banyak bengkel kereta, moto, car wash dah dibuka kat Presint 15. Tempat ni dulu Perodua Service Center je yang hidup.
Selain kat sini ada jugak satu lagi bengkel kereta yang dekat iaitu sebelah Kak Mah Nasi dagang, dekat dengan simpang 3 traffic light gate 1.
HR Auto Service nama tempat ni. Owner melayu. En Herry nama dia. Saya kenal pun sebab ada kawan bagi no tel untuk call sebab tayar kereta pancit kena paku.
Lepas tu banyak pulak masalah lain muncul. Bateri kong, tayar kereta lagi satu pecah, cermin tingkap pecah, kunci rosak takleh nak start. Semuanya refer kat workshop ni lah.
Ni saya sharekan apa servis yang diorang boleh buat. Nak ketuk ke nak cat ke boleh je. Satu je diorang tak buat iaitu servis tukar tayar (alignment n balancing dll).
Ni saya recommend tak dapat apa2 komisen ye. Sekadar nak share kalau korang berminat.