Friday, May 9, 2014

Berkat niaga | Cara berniaga dengan berkat


Ni cerita hari Jumaat. Tengahari sebelum pergi solat Jumaat. Buka radio bernama 24. Ada segmen Berkat Niaga. Tetamu jemputan dia Tuan Shamsuddin Kadir. Memang famous insan hebat ni. Buku HOT dia yang saya ingat ialah buku "Rancang wang sejak jatuh cinta". Ini link web untuk beli buku ni secara online.

pts.com.my/buku/rancang-wang-sejak-jatuh-cinta/

Baiklah, sebenarnya saya nak share tentang pengisian dari segmen Berkat Niaga ni. Antara point menarik:

1. Pentingnya berkat dalam kerja. 

Cerita:

Seorang caller ni bagitau dia seorang consultant. Untuk dapatkan jawatan ni dia kena lulus satu exam. Ada orang bagitau kalau nak senang lulus, ambillah exam di kota bharu. Rupa2nya ada caj yang orang disana tetapkan kalau nak lulus. 

Bayar sikit gerenti lulus walaupun jawab salah. Nampak memang ada yang tak kenalah kan bila macam ni.

Caller ni cakap dia tak tahu benda ni salah. Bila dah lulus exam, baru ada orang cakap benda ni tak betul. Dia rasa serba salah dan call Tuan Shamsuddin Kadir untuk bagi pendapat.

Tuan Shamsuddin kata ini bergantung pada iman seseorang. Beliau sarankan supaya caller ni ambil semula exam ni jika kos tak membebankan. Ia dikhuatiri akan memberi kesan pada keberkatan kerja. Dan juga impaknya pada rezeki yang nak dibagi pada keluarga nanti.

Hah nampak tak macamana? 

Risau jugak dulu2 masa kerja buat benda lain. Tak amanah, mengulor, meniaga masa kerja.

Oh banyaknya salah. Macamana nak berkat kan. Jadi mari sama2 muhasabah. Bila kerja tu jangan buat bisnes lain.

Masa datang interview kita minta amanah. Bila dapat amanah kita tak laksana dengan sepatutnya.

No comments:

Post a Comment