Friday, May 9, 2014

Tip bijak urus stress

Khamis lepas terbuka tv9 tengok program CELIK HATI. Tajuknya tip bijak urus stress. Kali ni host dia Dr Fadzilah Kamsah dan ada 3 panel jemputan.

Saya sempat tengok sikit saja dan tertarik dengan satu point dari panel ni. Nordin khalid nama dia. Katanya, stress berlaku di bahagian mental dan untuk mengurangkannya kita perlu lepaskan dalam bentuk aktiviti fizikal contohnya silat, taekwando, karate atau lain2.

Ada betul juga apa dia cakap. Cuba try tumbuk punching bag macam orang kat gym buat. Sure ada release sikit stress tu.

Satu lagi yang dikongsikan oleh Dr Fadzilah ialah tentang stress yang dihadapi seorang salesman atau mereka yang terlibat dengan sales. Nak achieve target sales memang stress woo.

Cara untuk berdepan dengan client.

Tipsnya:

1. Niatkan untuk kongsi solusi kepada masalah client. Bukan hanya fikir nak dapat duit or komisen. Niat juga untuk dapat hubung silaturrahim (dapat kawan baru).

2. Sebelum jumpa client, banyak2 baca Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir (nama2 Allah dalam Asmaul Husna).

Insya Allah urusan bisnes akan dimudahkan.

Program Celik Hati TV9 ni host dia bertukar2. Minggu lepas rasanya Dr Tengku Asmadi.

Bagus program ni. Jangan terlepas untuk tonton. Mungkin ada ulangan kot kat www.tonton.com.my

No comments:

Post a Comment