Thursday, May 15, 2014

Tempat mandi percuma (untuk anak2 je ye)

Swimming pool berbayar memang banyak kat Putrajaya ni. Setiap Kompleks Kejiranan ada pool. Presint 8 je tak ada. Presint 9, 11, 16, 5 (dekat dgn  Pullman).

Tempat mandi percuma pun ada juga. Ini yang saya tahu dan pernah pegi.

1. Presint 9. Depan medan selera bumbung putih besar.

2. Presint 4. Tengah2 bulatan roundabout depan bangunan 4 menara.

3. Presint 2. Baru dijumpai. Dekat dengan bangunan baru area KWP.

4. Presint 16. Dekat dengan swimming pool berbayar.

5. Pullman. Sebelah luar ada dibuat pantai buatan dan boleh mandi. Kecik je tempat ni tapi dah agak tidak bersih.

Wednesday, May 14, 2014

5 tip perlu dipertimbang sebelum pilih taska atau nurseri

Hantar anak ke nurseri atau taska adalah pilihan terakhir ibu bapa jika kedua duanya bekerja. Pilihan lain yang ada mungkin minta ibu kita sendiri menjaga anak kita.

Ini 5 tip ringkas untuk pilih taska terbaik untuk anak kita:

1. Pastikan taska mendapat lesen atau kelulusan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Periksa dengan JKM atau tanya dengan taska no kelulusan dari JKM.

2. Kenali penyelia atau mereka yang akan menjaga anak kita. Bertanya dan berbual dengan mereka tentang pengalaman, latarbelakang diri dll. Ini sangat membantu untuk kita mengenali orang yang akan menjaga anak kita nanti.

3. Tinjau kebersihan di sekitar taska. Masuk ke dalam taska dan lihat suasana, kebersihan dll untuk mendapat gambaran awal keadaan taska.

4. Pastikan yuran nurseri tidak terlalu mahal. Buat perbandingan dengan nurseri lain. Kadangkala ada taska uang yurannya mahal dan tak masuk akal. Elakkan kalau boleh.

5. Jarak untuk kita ke nurseri tersebut tidak terlalu jauh dari pejabat atau rumah kita. Kalau dah jauh kena fikirkan tentang caj lebih masa yang perlu dibayar nanti bila kita terlewat ambil anak kita.

Tuesday, May 13, 2014

Seurat benang

Bila buka Radio IKIM .fm banyak ilmu agama dapat kat sini. So ni saya nak share sikit ilmu dari ustaz yang ceramah dalam slot Seurat Benang radio IKIM.

1. Bacalah Bismillahirrahmanirrahim semasa buka pakaian kita supaya jin tak nampak aurat kita. Apatah lagi ketika nak bersama bagi suami isteri. Sudah ada doa khusus yang dah diajar utk elakkan syaitan mendekati kita ketika berhubungan kelamin.

2. Amalan yang semua dah tahu iaitu baca doa sebelum masuk tandas. Kalau masa kita buang air besar, syaitan akan lumurkan najis ke tubuh kita jika kita tak baca doa sebelum itu. Ini boleh menjadi sebab kepada kita malas beribadat, lewatkan solat, mudah terdorong utk buat perkara2 mazmumah.

Amalan ni nampak simple tapi tak ramai yang istiqamah buat. Sama2lah kita cuba amal. Sikit2 lama2 jadi tabiat harian kita.

Sunday, May 11, 2014

Bengkel kereta di Putrajaya

Bengkel kereta atau workshop di Putrajaya dah makin bertambah. Dulu memang susah nak cari. Kena pergi ke bangi, serdang or Puchong barulah ada.

Tapi sekarang dah senang. Dah banyak bengkel kereta, moto, car wash dah dibuka kat Presint 15. Tempat ni dulu Perodua  Service Center je yang hidup.

Selain kat sini ada jugak satu lagi bengkel kereta yang dekat iaitu sebelah Kak Mah Nasi dagang, dekat dengan simpang 3 traffic light gate 1. 

HR Auto Service nama tempat ni. Owner melayu. En Herry nama dia. Saya kenal pun sebab ada kawan bagi no tel untuk call sebab tayar kereta pancit kena paku.

Lepas tu banyak pulak masalah lain muncul. Bateri kong, tayar kereta lagi satu pecah, cermin tingkap pecah, kunci rosak takleh nak start. Semuanya refer kat workshop ni lah.

Ni saya sharekan apa servis yang diorang boleh buat. Nak ketuk ke nak cat ke boleh je. Satu je diorang tak buat iaitu servis tukar tayar (alignment n balancing dll).

Ni saya recommend tak dapat apa2 komisen ye. Sekadar nak share kalau korang berminat.

Friday, May 9, 2014

Berkat niaga | Cara berniaga dengan berkat


Ni cerita hari Jumaat. Tengahari sebelum pergi solat Jumaat. Buka radio bernama 24. Ada segmen Berkat Niaga. Tetamu jemputan dia Tuan Shamsuddin Kadir. Memang famous insan hebat ni. Buku HOT dia yang saya ingat ialah buku "Rancang wang sejak jatuh cinta". Ini link web untuk beli buku ni secara online.

pts.com.my/buku/rancang-wang-sejak-jatuh-cinta/

Baiklah, sebenarnya saya nak share tentang pengisian dari segmen Berkat Niaga ni. Antara point menarik:

1. Pentingnya berkat dalam kerja. 

Cerita:

Seorang caller ni bagitau dia seorang consultant. Untuk dapatkan jawatan ni dia kena lulus satu exam. Ada orang bagitau kalau nak senang lulus, ambillah exam di kota bharu. Rupa2nya ada caj yang orang disana tetapkan kalau nak lulus. 

Bayar sikit gerenti lulus walaupun jawab salah. Nampak memang ada yang tak kenalah kan bila macam ni.

Caller ni cakap dia tak tahu benda ni salah. Bila dah lulus exam, baru ada orang cakap benda ni tak betul. Dia rasa serba salah dan call Tuan Shamsuddin Kadir untuk bagi pendapat.

Tuan Shamsuddin kata ini bergantung pada iman seseorang. Beliau sarankan supaya caller ni ambil semula exam ni jika kos tak membebankan. Ia dikhuatiri akan memberi kesan pada keberkatan kerja. Dan juga impaknya pada rezeki yang nak dibagi pada keluarga nanti.

Hah nampak tak macamana? 

Risau jugak dulu2 masa kerja buat benda lain. Tak amanah, mengulor, meniaga masa kerja.

Oh banyaknya salah. Macamana nak berkat kan. Jadi mari sama2 muhasabah. Bila kerja tu jangan buat bisnes lain.

Masa datang interview kita minta amanah. Bila dapat amanah kita tak laksana dengan sepatutnya.

Tip bijak urus stress

Khamis lepas terbuka tv9 tengok program CELIK HATI. Tajuknya tip bijak urus stress. Kali ni host dia Dr Fadzilah Kamsah dan ada 3 panel jemputan.

Saya sempat tengok sikit saja dan tertarik dengan satu point dari panel ni. Nordin khalid nama dia. Katanya, stress berlaku di bahagian mental dan untuk mengurangkannya kita perlu lepaskan dalam bentuk aktiviti fizikal contohnya silat, taekwando, karate atau lain2.

Ada betul juga apa dia cakap. Cuba try tumbuk punching bag macam orang kat gym buat. Sure ada release sikit stress tu.

Satu lagi yang dikongsikan oleh Dr Fadzilah ialah tentang stress yang dihadapi seorang salesman atau mereka yang terlibat dengan sales. Nak achieve target sales memang stress woo.

Cara untuk berdepan dengan client.

Tipsnya:

1. Niatkan untuk kongsi solusi kepada masalah client. Bukan hanya fikir nak dapat duit or komisen. Niat juga untuk dapat hubung silaturrahim (dapat kawan baru).

2. Sebelum jumpa client, banyak2 baca Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir (nama2 Allah dalam Asmaul Husna).

Insya Allah urusan bisnes akan dimudahkan.

Program Celik Hati TV9 ni host dia bertukar2. Minggu lepas rasanya Dr Tengku Asmadi.

Bagus program ni. Jangan terlepas untuk tonton. Mungkin ada ulangan kot kat www.tonton.com.my

Wednesday, May 7, 2014

Selamat hari ibu 2014 dan idea hadiah untuk ibu

Tiap-tiap tahun ada hari ibu.

Ini cik anak buatkan kad hari ibu untuk mama dia. Sweet pulak. Cikgu tadika dia yang ajar buat.

Oklah, terfikir juga apa korang bagi hadiah untuk ibu korang ye. Ni saje je nak bagi idea simple hadiah untuk ibu

-Quran digital
-Kain pasang. Yang femes sekarang kain pasang cotton.
-Baju blouse
-Buku or majalah kegemaran. Subscribekan terus utk setahun
-Tudung or telekung solat

Rasanya ada banyak lagi idea hadiah yang best sempena hari ibu ni. Apa lagi ye? Boleh korang tambahkan?

Cuci kereta di putrajaya

Hoho.

Ini first time blogging guna smartphone. Nak share sikit citer pasal cuci kereta. Baru-baru ni kereta avanza ni diserang cik lipas. Dah berumah kot diorang kat dalam tu. So cari punya cari, solusi yang dijumpai ialah auto sterilize treatment. Kereta akan di fog selama 15 minit utk buang bakteria, germs, mold. Wangian dia fresh lemon.

Dan ada satu lagi masalah iaitu bau ikan yg menitik dalam kereta. Sebab terlupa nak letak alas. So alang2 buat lah sekali.
Caj utk fog RM 35.
Owner ni promote buat wax+car wash+tyre shine+vacuum = RM 59.
So total RM 94.
Wax ni elok buat sebulan sekali. Betul ke?
Ni buat kat car wash MRM kat presint 14. Owner dia jadi authorised dealer produk brand Meguiars. Produk USA yg top utk penjagaan kereta.


Korang jemputlah datang mencuci disini.